4 February 2016

Gelap

Termenung, 
Sedih,
Kesepian

melakar nota-nota terakhir hidupku..

Kini menjadi lebih sepi...
Air mata berlinang mengalir..
Perit dihati tak terluah

Hanya perasaan menyelubungi hari-hari sepiku..

Kadangkala aku menyerah untuk berdiri..
Aku hanyalah manusia biasa yang sentiasa mempunyai kelemahan..


Ya Allah, aku ingin sentiasa mendapat hidayah dariMu...
Ampuni aku ya Allah..
Andai penderitaan penyakit ini masih lagi menginsafkan aku..
Panjangkanlah ia..
Aku bersujud padaMU

2 February 2016

Apa rasanya?

"Semenjak hati dan jiwa luka..ku kehilangan senyumku"



Cinta begitu indah.. dengan takdir cinta, kadang mengubah segalanya.
Bagi hidup ini tidak ada cinta yang sempurna melainkan cinta yang hadir dari jiwa yang tulus dan ikhlas.
Cinta juga melengkapi antara satu yang lain,
Cinta merupakan perngorbanan,
Kerana cinta hidup dua orang insan berubah,
Begitu besarnya takdir cinta yang diberikan oleh Tuhan pada insan terpilih,

Sesungguhnya setiap nafas yang diberikan atas nama cinta disyukuri...
Juga seribu pengertian tentang cinta yang cuba manusia ungkapkan dan selami.

Ku akui





Cinta manusia "ku selitkan lipatan rindu"

Cinta buatMu "ku selitkan dalam doa"

Sememangnya aku insan yang lemah dan tak berdaya, banyak kurang yang aku miliki..

Ya Allah, jika dibandingkan diriku dengan bidadariMu
Terbatas dek akal..
Aku banyak celanya, cepat sedih, murung, mudah kecewa...
Banyak cela diriku, pada siapa ingin aku meminta yang terlalu sempurna
Sedangkan aku terlalu hina penuh dengan dosa..

Terkadang aku keasyikan melihat keindahan Yang Engkau pamerkan..

Aku alpa dan leka mengucap syukur..
Ya Allah sedarkan diriku, ini hanya mimpi sementara.
Aku tidak ingin menjadi makhluk yang leka dan alpa.

#hari indah